Thursday, 17 March 2011

Soal Jawab Dalam Kubur

Alhamdullillah seperti biasa lepas Maghrib malam-malam Jumaat semua masjid atau surau kat Malaysia nih biasanya buat majlis bacaan Yassin. Begitu juga teman tengok dekat Surau Nurussalam ni.  Cumanya lepas Isyak Ustaz Halim ada menyentuh sebahagian daripada apa yang dibaca dalam surah Yassin.  Teman tak pasti pulak beliau petik dari kitab mana tapi bagi teman rasa ia merupakan satu inisiatif kuliah yang sangat menarik selepas baca Yassin kita dengar pulak pengajaran atau ilmu yang boleh kita ambil daripada bacaan tersebut. Taklah sampai tua baca jer tapi tak tahu apa isi daripada bacaan tersebut.

Malam ini Ustaz halim mulakan dengan dua orang Malaikat yang ditugaskan untuk menyoal ahli kubur iaitu Munkar dan Nakir.  Apabila datang Munkar dan Nakir maka ditanyalah kepada ahli kubur Wahai Si  Fulan apakah perkataan kamu mengenai lelaki ini Muhammad bin Abdullah.  Sekiranya ahli kubur tersebut dari kalangan yang beriman maka dijawabnyalah Dialah pesuruh Allah dan terus mengucap dua kalimah syahadah. Maka malaikat pun berkata sesungguhnya kamu wahai si fulan kami telah tahu jawapanmu.  Lalu kuburnyapun diluaskan sehingga 70 hasta luasnya dan dicerahkan dengan satu sinar cahaya.  Kata Malaikat lagi wahai si fulan tidurlah kamu.  Ahli kubur itu lalu berkata wahai malaikat benarkan aku pulang ke rumah untuk memberitahu keluarga yang aku selamat.  Maka jawab malaikat jangan dan tidurlah kamu di dalam kuburmu seperti tidur pengantin baru.  Tidur seorang pengantin tuan-tuan, pastinya tiada siapa yang akan mengejutkan kecuali hanya kekasihnya. Begitulah seronoknya tidur orang beriman di dalam kubur. Hinggalah dia dikejutkan pada hari pembalasan kelak.

Sementara itu bagaimana pula dengan soal jawab bagi orang yang tidak beriman.  Apabila ditanya oleh Malaikat Wahai Si  Fulan apakah perkataan kamu mengenai lelaki ini Muhammad bin Abdullah.  Maka dijawabnya aku tidak tahu. Berkatalah malaikat Sesungguhnya kamu wahai si fulan kami telah tahu akan jawapanmu.  Lalu malaikatpun menyeru wahai  bumi himpitlah maka bumipun himpitlah sehingga bersilang2 lah tulang temulang ahli kubur.  Begitulah keadaan mereka diazab setiap hari hingga dibangkitkan oleh Allah.

Disamping itu Ustaz Halim juga ada menyentuh mengenai cincin yang dipakai oleh Rasullullah.  Daripada beberapa riwayat yang disebut Rasullullah memakai cincin samada disebelah kanan dan disebelah kiri.  Jadi tidak menjadi kesalahan untuk memakai cincin disebelah kiri. Cumanya makruh bagi lelaki untuk memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah.  Cincin daripada emas dan tembaga haram dipakai, manakala cincin suasa pula syubhah.  seelok-eloknya pakailah cincin daripada perak. Dalam bab yang lain pula beliau menekankan pakaian bagi wanita adalah warna dan pakaian bagi lelaki adalah bau-bauan. Dan diantara perkara2 yang sangat dibenci Rasullullah ialah apa sahaja perhiasan wanita yang berbau wangi dan lelaki yang memakai cincin emas.








Wednesday, 16 March 2011

Agama Itu Nasihat


Alhamdullillah, malamni teman dapat belajar sedikit imu Allah dari ustaz Dr Azhar. Teman harap ilmu yang teman dapat ini bolehlah kita kongsi bersama. Malamni dah sampai hadis yang ketujuh…maknanya teman dah terlepas enam hadis yang lainnya.  Hadis yang dikupas oleh ustaz malamni dan sebelumnya adalah daripada Imam An Nawawi.

Hadis malamni kata Ustaz antara hadis yang terpendek

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.Hadis riwayat al-lmam Muslim.


Menurut Ustaz Dr Azhar nasihat dalam Islam maksudnya memberikan kebaikan, mencuci kekotoran, jelasnya lagi nasihat yang dimaksudkan ialah nasihat yang membawa kepada kebaikan bukan nasihat kepada kejahatan seperti nasihat cara-cara untuk mencuri.  Nasihat menurutnya lagi sesuatu yang terpilih, umpama madu lebah yang telah siap ditapis, dan boleh digunakan terus, iaitu segala yang baik-baik sahaja.  Hanya yang terbaik di dalam Islam disampaikan sebagai tunjuk ajar, peringatan dan perkara yang boleh menyelamatkan orang.
Sementara Addin didalam Islam adalah satu cara hidup yang berperaturan iaitu sangat berbeza dengan agama lain di mana agama hanyalah sekadar satu ritual penyembahan di tempat2 ibadat mereka.

Orang Islam menurut Ustaz lagi memang tidak boleh lari dari nasihat.  Mereka senantiasa diingatkan tentang halal haram, syubhah, syurga neraka .  Setiap minggu orang Islam menerima nasihat melalui khutbah Jumaat.  Saat paling bernilai bagi orang Islam menerima nasihat.  Jangan tidur tegasnya lagi.  Tersenyum juga teman bila dengar amaran jangan tidur tuh …teringat zaman sekolah dulu bila khutbah mula..mata pun mulalah mengantuknya ya Allah..kedua-dua khutbah perlu didengar kerana kedua-duanya sama pentingnya…walaupun khutbah kedua dekat Malaysia nih kita dah hafal skripnya.. Ustaz juga ada beritahu renggang  diantara dua khutbah sekadar membaca surah Al-Ikhlas.

Antara contoh nasihat yang diberikan oleh ustaz ialah tidak boleh duduk-duduk dijalanan seperti melepaklahtuh..Pernah Para Sahabat bertanya
Sahabat               : Kenapa tidak boleh ya Rasullullah
Rasullullah           : Kalau nak juga boleh tetapi kena tunaikan hak2 jalan
Rupanya jalan pun ada hak2nya kawan-kawan ..inilah pertama kali teman dengar..dan inilah bagusnya majlis ilmu nih bila kita dapat tingkatkan ilmu sesame kita.
Sahabat               : Apa hak2 jalan itu Ya Rasullullah
Rasullullah           : Hak2 jalan itu kena rendahkan pandangan(jaga pandangan), buang benda yang menghalang jalan, dan kena jawab salam, dan menyuruh orang berbuat baik, dan melarang orang berbuat mungkar.

Besar juga tanggungjawab orang melepak ni yer…klu tak mampu teman nasihatkan kita berenti jerlah dari melepak yer..

Akhirnya Ustaz tangguhkan majlis ilmu malam ni ke minggu seterusnya.  So kalau nak tahu apakah nasihat untuk Allah, untuk kitab, untuk Rasullullah dan seterusnya tuh kenalah tunggu minggu depan yer.  Semoga teman diberikan kekuatan dan kesempatan untuk terus berada dalam majlis ilmu tersebut.
Wassalam.




Monday, 14 March 2011

Program Mingguan & Berkala Surau Nurussalam Taman Pulai Indah

Isnin
Lepas Maghrib
KULIAH SIRAH  :  Ust Dr Md Arief
Selasa
8:00 - 10:00 AM
KELAS ALQURAN WANITA & KANAK-KANAK
Selasa
5:00 -   6:30 PM
KELAS ALQURAN WANITA & KANAK-KANAK 
Selasa
Lepas Maghrib
KULIAH Maghrib Ust Idris
Rabu
8:00 - 10:00 AM
KELAS ALQURAN WANITA & KANAK-KANAK 
Rabu
5:00 -   6:30 PM
KELAS ALQURAN WANITA & KANAK-KANAK
Rabu
Lepas Maghrib
KULIAH HADIS Ust Dr Azhar
Khamis
Lepas Maghrib
Yassin
Jumaat
Lepas Maghrib
KULIAH Maghrib Ust Ridhuan
Jumaat
Lepas Isyak
LATIHAN KOMPANG ANAK-ANAK
Sabtu
Lepas Maghrib
Al Ma’thurat
Sabru
Lepas Maghrib
KULIAH AL-KABAIR Ust Hilmi
Sabtu  setiap 2 minggu
2:00 - 5:00 PM
Yassin Kelompok Wanita
Ahad
Lepas Subuh
KULIAH SUBUH Ust Halim / Ust Hairozi/ Ust Idris
Ahad
7:30 - 8:30 AM
SENAM SIHAT WANITA
Ahad
8:00 - 9:00 AM
TARANUM ANAK-ANAK
Ahad
9:30 – 10:30 AM
KULIAH DHUHA Ust Rifqi / Ust. Halim/ Ust Wan Yusly
Ahad
5:00 - 6:30 PM
KELAS ALQURAN WANITA
Ahad
Lepas Maghrib
KELAS ALQURAN LELAKI