Alhamdullillah, malamni teman dapat belajar sedikit imu Allah dari ustaz Dr Azhar. Teman harap ilmu yang teman dapat ini bolehlah kita kongsi bersama. Malamni dah sampai hadis yang ketujuh…maknanya teman dah terlepas enam hadis yang lainnya. Hadis yang dikupas oleh ustaz malamni dan sebelumnya adalah daripada Imam An Nawawi.
Hadis malamni kata Ustaz antara hadis yang terpendek
عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.
Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.Hadis riwayat al-lmam Muslim.
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.
Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Menurut Ustaz Dr Azhar nasihat dalam Islam maksudnya memberikan kebaikan, mencuci kekotoran, jelasnya lagi nasihat yang dimaksudkan ialah nasihat yang membawa kepada kebaikan bukan nasihat kepada kejahatan seperti nasihat cara-cara untuk mencuri. Nasihat menurutnya lagi sesuatu yang terpilih, umpama madu lebah yang telah siap ditapis, dan boleh digunakan terus, iaitu segala yang baik-baik sahaja. Hanya yang terbaik di dalam Islam disampaikan sebagai tunjuk ajar, peringatan dan perkara yang boleh menyelamatkan orang.
Sementara Addin didalam Islam adalah satu cara hidup yang berperaturan iaitu sangat berbeza dengan agama lain di mana agama hanyalah sekadar satu ritual penyembahan di tempat2 ibadat mereka.
Orang Islam menurut Ustaz lagi memang tidak boleh lari dari nasihat. Mereka senantiasa diingatkan tentang halal haram, syubhah, syurga neraka . Setiap minggu orang Islam menerima nasihat melalui khutbah Jumaat. Saat paling bernilai bagi orang Islam menerima nasihat. Jangan tidur tegasnya lagi. Tersenyum juga teman bila dengar amaran jangan tidur tuh …teringat zaman sekolah dulu bila khutbah mula..mata pun mulalah mengantuknya ya Allah..kedua-dua khutbah perlu didengar kerana kedua-duanya sama pentingnya…walaupun khutbah kedua dekat Malaysia nih kita dah hafal skripnya.. Ustaz juga ada beritahu renggang diantara dua khutbah sekadar membaca surah Al-Ikhlas.
Antara contoh nasihat yang diberikan oleh ustaz ialah tidak boleh duduk-duduk dijalanan seperti melepaklahtuh..Pernah Para Sahabat bertanya
Sahabat : Kenapa tidak boleh ya Rasullullah
Rasullullah : Kalau nak juga boleh tetapi kena tunaikan hak2 jalan
Rupanya jalan pun ada hak2nya kawan-kawan ..inilah pertama kali teman dengar..dan inilah bagusnya majlis ilmu nih bila kita dapat tingkatkan ilmu sesame kita.
Sahabat : Apa hak2 jalan itu Ya Rasullullah
Rasullullah : Hak2 jalan itu kena rendahkan pandangan(jaga pandangan), buang benda yang menghalang jalan, dan kena jawab salam, dan menyuruh orang berbuat baik, dan melarang orang berbuat mungkar.
Besar juga tanggungjawab orang melepak ni yer…klu tak mampu teman nasihatkan kita berenti jerlah dari melepak yer..
Akhirnya Ustaz tangguhkan majlis ilmu malam ni ke minggu seterusnya. So kalau nak tahu apakah nasihat untuk Allah, untuk kitab, untuk Rasullullah dan seterusnya tuh kenalah tunggu minggu depan yer. Semoga teman diberikan kekuatan dan kesempatan untuk terus berada dalam majlis ilmu tersebut.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment