Alhamdullillah seperti biasa lepas Maghrib malam-malam Jumaat semua masjid atau surau kat Malaysia nih biasanya buat majlis bacaan Yassin. Begitu juga teman tengok dekat Surau Nurussalam ni. Cumanya lepas Isyak Ustaz Halim ada menyentuh sebahagian daripada apa yang dibaca dalam surah Yassin. Teman tak pasti pulak beliau petik dari kitab mana tapi bagi teman rasa ia merupakan satu inisiatif kuliah yang sangat menarik selepas baca Yassin kita dengar pulak pengajaran atau ilmu yang boleh kita ambil daripada bacaan tersebut. Taklah sampai tua baca jer tapi tak tahu apa isi daripada bacaan tersebut.
Malam ini Ustaz halim mulakan dengan dua orang Malaikat yang ditugaskan untuk menyoal ahli kubur iaitu Munkar dan Nakir. Apabila datang Munkar dan Nakir maka ditanyalah kepada ahli kubur Wahai Si Fulan apakah perkataan kamu mengenai lelaki ini Muhammad bin Abdullah. Sekiranya ahli kubur tersebut dari kalangan yang beriman maka dijawabnyalah Dialah pesuruh Allah dan terus mengucap dua kalimah syahadah. Maka malaikat pun berkata sesungguhnya kamu wahai si fulan kami telah tahu jawapanmu. Lalu kuburnyapun diluaskan sehingga 70 hasta luasnya dan dicerahkan dengan satu sinar cahaya. Kata Malaikat lagi wahai si fulan tidurlah kamu. Ahli kubur itu lalu berkata wahai malaikat benarkan aku pulang ke rumah untuk memberitahu keluarga yang aku selamat. Maka jawab malaikat jangan dan tidurlah kamu di dalam kuburmu seperti tidur pengantin baru. Tidur seorang pengantin tuan-tuan, pastinya tiada siapa yang akan mengejutkan kecuali hanya kekasihnya. Begitulah seronoknya tidur orang beriman di dalam kubur. Hinggalah dia dikejutkan pada hari pembalasan kelak.
Sementara itu bagaimana pula dengan soal jawab bagi orang yang tidak beriman. Apabila ditanya oleh Malaikat Wahai Si Fulan apakah perkataan kamu mengenai lelaki ini Muhammad bin Abdullah. Maka dijawabnya aku tidak tahu. Berkatalah malaikat Sesungguhnya kamu wahai si fulan kami telah tahu akan jawapanmu. Lalu malaikatpun menyeru wahai bumi himpitlah maka bumipun himpitlah sehingga bersilang2 lah tulang temulang ahli kubur. Begitulah keadaan mereka diazab setiap hari hingga dibangkitkan oleh Allah.
Disamping itu Ustaz Halim juga ada menyentuh mengenai cincin yang dipakai oleh Rasullullah. Daripada beberapa riwayat yang disebut Rasullullah memakai cincin samada disebelah kanan dan disebelah kiri. Jadi tidak menjadi kesalahan untuk memakai cincin disebelah kiri. Cumanya makruh bagi lelaki untuk memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah. Cincin daripada emas dan tembaga haram dipakai, manakala cincin suasa pula syubhah. seelok-eloknya pakailah cincin daripada perak. Dalam bab yang lain pula beliau menekankan pakaian bagi wanita adalah warna dan pakaian bagi lelaki adalah bau-bauan. Dan diantara perkara2 yang sangat dibenci Rasullullah ialah apa sahaja perhiasan wanita yang berbau wangi dan lelaki yang memakai cincin emas.

No comments:
Post a Comment